Followers

Monday, 10 June 2013

H to H

بسم الله الرحمن الرحيم ..

Alhamdulillah , walhamdulillah , tsummalhamdulillah .. 
Disaat dan ketika ini masih diberi peluang olehNya untuk terus menghirup udara yang segar ini dan dikurniakan dua nikmat dan moga terus tsabit dengannya iaitu nikmat IMAN dan ISLAM ..


 Setelah sekian lama meninggalkan blog yang mumkin sekarang ni dah beranak pinak kot labah2 , bukan setakat bersarang . *NampakSangatDahLama..

Petang ni rasa macam nak kongsi satu feeling yang entah laa , susah sebenarnya untuk aku luahkan .. Actually, Aku ni bukan jenis yang suka meluah perasaan dengan menulis,bercerita dan lain2 laa, dalam erti kata lain, seorang pemendam laa.. Memang dari dulu camnih. *Tulaa sebab bersarangnya blog ni*.. Tapi bila ada something yang aku nak kongsi dengan orang, hanya orang2 yang tertentu je yang boleh aku share, tak semua. Maybe orang yang rapat dengan aku or orang yang memahami aku and boleh jadi sape2 yang aku rasa selesa untuk berkongsi. *Out of topic lah pulakkk .
Okay2, back to point asal yang aku nak story. Aku ni student from timur tengah *Jordan* tahun 1 dan Alhamdulillah diberi rezeki untuk pulang bercuti selama tiga bulan diMalaysia tahun ni.. kat sana Aku amik kos "Bahasa Arab dan kesusasteraan" *Ni laa topik sebenar*... Kos yang memang tak pernah aku minat dan bla bla blaa.. Entah laa, aku tak tahu camne dan apa yang harus aku lakukan. Dah dua semestar aku habis setakat ni, tapi rasa enjoy study tu xdatang2..  Yeah, memang ade sesetengah yang kata, minat boleh dipupuk tapi ade jugak yang kata memang laa minat boleh dipupuk, but kalau kite study ikut apa yang kita minat akan lebih kita fokus benda tu. Kalau ikutkan memang minat aku more tu Syariah dan sememangnya sebelum aku fly ke Jordan aku dah study kat satu kolej ni dlm bidang syariah for 4 sem, tapi disebabkan ade beberapa masaalah aku pilih kos bahasa arab untuk aku sambung di Jordan.  

Aku sebenarnya keliru. Apa yang harus aku lakukan. Yes! istikhoroh. Itu semestinyalah. Tapi hati ni masih xdapat merasai ke-enjoy-an study dalam kos tu. Tapi untuk aku tukar kos lain agak susah urusannya. Aku ada tanya beberapa orang senior pasal ni, apa yang harus aku buat. And macam aku expect, ade yang bagi aku semangat untuk teruskan(dgn memupuk minat) dan ade yang cakap tukar je laa kos(dah memang tak minat, takut2 nanti xley nak enjoy dengan study tu).. Lain orang lain caranya. Hurmmm. Dan Aku ??????
Masih mencari sinar dan berharap supaya ditemukan dengan hikmah atas apa yang sedang menimpa diri ini sekarang.. 


Bila study tu xdapat kita enjoy, result pon memang cukup2 makan je laa.. Kadang-2 rasa bersalah dekat parents sebab diorang yang tanggung kita, bagi duit belanja dll. Tapi kita, belajar camtu je.. Aku dah cuba sedaya upaya aku, but setakat ni memang aku xleh nak enjoy, serious, *dah berapa kali aku ulang ayat ni nak tunjuk betapanya*.. Aku pernah mengadu hal ni kat my mom, and she told me supaya aku buatlah keputusan yang terbaik untuk diri aku, dia sentiasa sokong mana2 yang baik untuk aku..  

So, masaalah aku sekarang aku masih dalam dilema. Nak tukar kos memang agak rumit urusannya *tu yang buat aku rasa macam, hurmm, stay je la dengan kos sekarang* atau terus memupuk minat to something yang memang aku tak pernah minat dari kecik..  
Allah, Moga aku diberi kekuatan..  

Dan untuk setakat ini, aku cuba, dan terus cuba, dan terus mencuba untuk pupuk minat tu dan i'll try my best untuk belajar dengan cemerlang.  
Yeah, betulkan niat balik. tekadkan azam dan cita.. 
Moga Allah permudahkan segalan2nya, Aamiin .. 

Azan maghrib dah berkumandang dan itu menandakan aku kene stop lah cerita aku petang ni, hope kalau ade sahabat2 aku yang baca ni bolehlah nak beri aku motivasi ke, ceramah ke, perkongsian ke, ape2 lah yang sewaktu dengannya. 
  
 Akhir kalam, 
Selamat bercuti sahabat2 Jordan yang pulang keMalaysia amnya, dan sahabat2 Jordan U.Al-albayt yang pulang keMalaysia khususnya .. 
Selamat menjadi khadam ummah, berbakti pada Agama, Bangsa dan Negara..




*Apabila blog yang lama ditinggalkan diupdate kembali, fuhh, panjang lebar hapdetnye 
*Sila abaikan ayat aku yang lintang-pukang dan agak berbelit dengan ejaan yang tuttt.



1sya'ban 1434 
Isnin - 10Jun2013 . 




No comments:

Post a Comment